Terma dan Syarat
Laman web ini diuruskan oleh The Qurban Project bagi tujuan pendaftaran, pengurusan dan pelaksanaan ibadah qurban, termasuk penyediaan pakej qurban, pembekalan haiwan ternakan, penyembelihan serta pengagihan daging qurban kepada golongan yang memerlukan.
1. Pendaftaran Peserta
Peserta hendaklah mengisi maklumat yang tepat dan lengkap semasa pendaftaran, termasuk nama, nombor telefon, alamat dan maklumat lain yang diperlukan.
2. Pembayaran
Pembayaran hendaklah dibuat melalui kaedah pembayaran yang disediakan di laman web ini. Penyertaan hanya dianggap sah selepas pembayaran berjaya diterima.
3. Pelaksanaan Ibadah Qurban
Pihak pengurusan akan menguruskan pembelian haiwan qurban yang menepati syarat syarak, proses penyembelihan mengikut hukum syariah serta pengagihan daging qurban kepada golongan yang memerlukan.
4. Pelantikan Wakalah
Dengan membuat pembayaran, peserta bersetuju melantik The Qurban Project sebagai wakil (wakalah) untuk melaksanakan ibadah qurban bagi pihak peserta selaras dengan prinsip dan hukum syariah.
5. Perubahan Program
Pihak pengurusan berhak membuat perubahan terhadap lokasi, jadual atau kaedah pelaksanaan sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan seperti isu logistik, bencana atau arahan pihak berkuasa.
6. Keadaan Luar Jangka (Force Majeure)
Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas kegagalan pelaksanaan program sekiranya berlaku keadaan luar jangka seperti bencana alam, sekatan kerajaan, wabak penyakit atau gangguan logistik.
Dasar Privasi
1. Maklumat Yang Dikumpulkan
Kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, alamat emel, alamat tempat tinggal, nombor kad pengenalan serta maklumat pembayaran.
2. Tujuan Penggunaan Maklumat
Maklumat yang dikumpulkan digunakan bagi tujuan:
- pengurusan pendaftaran peserta
- pemprosesan pembayaran
- komunikasi berkaitan program
- penambahbaikan perkhidmatan
3. Perlindungan Maklumat
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi pengguna daripada akses tanpa kebenaran, pendedahan atau penyalahgunaan.
4. Perkongsian Maklumat
Maklumat pengguna tidak akan dijual atau didagangkan kepada mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, maklumat tertentu mungkin dikongsi dengan rakan pelaksana program atau penyedia sistem pembayaran bagi tujuan operasi program.
Dasar Pemulangan Wang (Refund Policy)
Pembayaran yang telah dibuat bagi penyertaan program qurban dianggap sebagai komitmen penyertaan dalam program yang diuruskan oleh The Qurban Project.
1. Pembatalan Oleh Peserta
Permohonan pembatalan hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan secepat mungkin. Pemulangan wang hanya boleh dipertimbangkan sekiranya proses pembelian haiwan qurban belum dilaksanakan.
2. Pembatalan Oleh Pihak Pengurusan
Sekiranya program tidak dapat dilaksanakan disebabkan keadaan luar jangka seperti bencana atau sekatan pihak berkuasa, pihak pengurusan boleh:
- memindahkan penyertaan ke program qurban alternatif, atau
- memproses pemulangan wang yang bersesuaian.
3. Tempoh Pemprosesan Refund
Sebarang pemulangan wang yang diluluskan akan diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
Penafian (Disclaimer)
Pihak pengurusan akan berusaha memastikan semua proses qurban dilaksanakan dengan amanah dan mematuhi garis panduan syariah. Walau bagaimanapun:
- Lokasi pelaksanaan qurban mungkin berbeza bergantung kepada keperluan program.
- Gambar atau dokumentasi qurban mungkin digunakan bagi tujuan laporan dan promosi program.
- Pengagihan daging qurban bergantung kepada keperluan komuniti setempat.
Pihak pengurusan tidak menjamin setiap peserta akan menerima dokumentasi individu bagi setiap haiwan qurban.